Tahniah kepada
semua sahabat yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik. Dan tahniah juga
kepada yang tidak mendapat anugerah tersebut kerana Allah memuliakan kamu
dengan cara yang berbeza.
Ingatlah,
jalan menuju Allah itu banyak dan pelbagai, tetapi matlamatnya hanya satu. Ibarat
orang yang ingin menuju ke sebuah destinasi,tetapi menggunakan jalan yang
berbeza dan terbaik bagi mereka, akhirnya sampai jua.
Dan bagaikan
para ulama’ yang pendapatnya berbeza, tapi matlamat mereka sama, yaitu mengajak
manusia kepada Allah. Perbezaan itu rahmat, bukanlah mudarat.

No comments:
Post a Comment