Sunday, 11 May 2014

Antara 2 Rahsia

Pelik…..tapi itulah yang aku rasakan sepanjang aku bergaul, perhati dan teliti apabila aku bersama dengan orang ramai. Ya, aku akui diri aku yang tak sempurna, kadangkala kata2 memijak rasa. Dan aku juga kerapkali ditegur ‘directly’ oleh org yg aku berkawan. Aku cuba menuruti kata2 mereka,namun diriku pelik mengapa tiap kali aku cuba mencontohi apa yg mereka ajar, tp diriku tak upaya. Namun, sebaliknya berlaku pada individu  lain yg juga aku berkawan dgn mereka. Mereka tak menegur salahku ‘on the spot’, tapi apa yg dicakapkan mereka memang ada ‘kena’nya  dgn aku, contoh ada salahnya pada aku, tapi aku lgsung tak terasa hati, bahkan mudah pula aku menuruti. Entah….apalah RAHSIA yang tersembunyi dibalik peribadi2 ini. Moga2 suatu saat RAHSIA ini tidak lagi rahsia…..

Thursday, 23 January 2014

Tasawuf dan feqh~

Tidaklah bergerak setiap zarah yang ada melainkan semua dengan izin-Nya. Begitu pula dengan perjalanan hidupku. Awal perjalananku dalam menuntut ilmu, Dia mempertemukan aku dengan ilmu tasawuf, kemudian, Dia mempertemukan pula dengan ilmu feqh.

Sungguh, kedua-dua ini banyak memberi pengajaran yang bernilai dalam hidupku ini. Didoakan moga guru yang mengajarku dalam kedua ilmu ini dirahmati sentiasa...ameen. Sungguh, tatkala aku sendirian, aku berfikir...mengapa Allah mentaqdirkanku begini?? Hatiku menjawab, pasti ada hikmahnya.

Tasawuf itu ilmu akhlak. Mungkin saja Allah pertemukan aku dengan ia di awal perjalanan agar aku tahu beda adab dan biadap. Tasawuf itu juga batin, manakala feqh itu zahir. Dan kedua-duanya saling memerlukan. Berkata seorang 'alim:

"Man tasawaffa wa lam yatafaqa faqad tazandaqa, wa man tafaqaha wa lam yatasawaf faqad tafasaq, wa man tasawaffa wa taraqaha faqad tahaqaq”. Yang artinya : “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fiqih maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqih tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dengan disertai fiqih dia meraih Kebenaran dan Realitas dalam Islam.”


Alhamdulillah, ku rasakan kedua-dua ilmu ini benar-benar memberi manfaat untuk

 diriku...allahumma faqqihni fiddin, wa'allimni at-takwil...ameen.

Sunday, 19 January 2014

Adilnya Allah...=)


Tahniah kepada semua sahabat yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik. Dan tahniah juga kepada yang tidak mendapat anugerah tersebut kerana Allah memuliakan kamu dengan cara yang berbeza.

Ingatlah, jalan menuju Allah itu banyak dan pelbagai, tetapi matlamatnya hanya satu. Ibarat orang yang ingin menuju ke sebuah destinasi,tetapi menggunakan jalan yang berbeza dan terbaik bagi mereka, akhirnya sampai jua.

Dan bagaikan para ulama’ yang pendapatnya berbeza, tapi matlamat mereka sama, yaitu mengajak manusia kepada Allah. Perbezaan itu rahmat, bukanlah mudarat.