Pelik…..tapi itulah
yang aku rasakan sepanjang aku bergaul, perhati dan teliti apabila aku bersama
dengan orang ramai. Ya, aku akui diri aku yang tak sempurna, kadangkala kata2
memijak rasa. Dan aku juga kerapkali ditegur ‘directly’ oleh org yg aku
berkawan. Aku cuba menuruti kata2 mereka,namun diriku pelik mengapa tiap kali
aku cuba mencontohi apa yg mereka ajar, tp diriku tak upaya. Namun, sebaliknya
berlaku pada individu lain yg juga aku
berkawan dgn mereka. Mereka tak menegur salahku ‘on the spot’, tapi apa yg
dicakapkan mereka memang ada ‘kena’nya dgn aku, contoh ada salahnya pada aku, tapi
aku lgsung tak terasa hati, bahkan mudah pula aku menuruti. Entah….apalah
RAHSIA yang tersembunyi dibalik peribadi2 ini. Moga2 suatu saat RAHSIA ini
tidak lagi rahsia…..
thariqati...ilallah
perjalanan menuju-Nya penuh cabaran kerana tiada wujudnya cinta tanpa pengorbanan
Sunday, 11 May 2014
Thursday, 23 January 2014
Tasawuf dan feqh~
Tidaklah bergerak setiap zarah yang ada melainkan semua dengan izin-Nya. Begitu pula dengan perjalanan hidupku. Awal perjalananku dalam menuntut ilmu, Dia mempertemukan aku dengan ilmu tasawuf, kemudian, Dia mempertemukan pula dengan ilmu feqh.
Sungguh, kedua-dua ini banyak memberi pengajaran yang bernilai dalam hidupku ini. Didoakan moga guru yang mengajarku dalam kedua ilmu ini dirahmati sentiasa...ameen. Sungguh, tatkala aku sendirian, aku berfikir...mengapa Allah mentaqdirkanku begini?? Hatiku menjawab, pasti ada hikmahnya.
Tasawuf itu ilmu akhlak. Mungkin saja Allah pertemukan aku dengan ia di awal perjalanan agar aku tahu beda adab dan biadap. Tasawuf itu juga batin, manakala feqh itu zahir. Dan kedua-duanya saling memerlukan. Berkata seorang 'alim:
"Man tasawaffa wa lam yatafaqa faqad tazandaqa, wa man tafaqaha wa lam yatasawaf faqad tafasaq, wa man tasawaffa wa taraqaha faqad tahaqaq”. Yang artinya : “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fiqih maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fiqih tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dengan disertai fiqih dia meraih Kebenaran dan Realitas dalam Islam.”
Alhamdulillah, ku rasakan kedua-dua ilmu ini benar-benar memberi manfaat untuk
diriku...allahumma faqqihni fiddin, wa'allimni at-takwil...ameen.
Sunday, 19 January 2014
Adilnya Allah...=)
Tahniah kepada
semua sahabat yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik. Dan tahniah juga
kepada yang tidak mendapat anugerah tersebut kerana Allah memuliakan kamu
dengan cara yang berbeza.
Ingatlah,
jalan menuju Allah itu banyak dan pelbagai, tetapi matlamatnya hanya satu. Ibarat
orang yang ingin menuju ke sebuah destinasi,tetapi menggunakan jalan yang
berbeza dan terbaik bagi mereka, akhirnya sampai jua.
Dan bagaikan
para ulama’ yang pendapatnya berbeza, tapi matlamat mereka sama, yaitu mengajak
manusia kepada Allah. Perbezaan itu rahmat, bukanlah mudarat.
Saturday, 3 March 2012
Sebuah Kepastian...
Erti sebuah kehidupan,
Ada suatu kematian,
Yang menjadi pintu sebuah pertemuan,
Antara hamba dan Tuhan.
Maka persiapkanlah bekalan,
Sebelum datang satu penyesalan,
Engkau pasti pulang,
Dengan kerelaan atau keterpaksaan,
Kerna itu adalah janji Tuhan.
Engkau dihidupkan,
Bukan tanpa pedoman,
Bahkan telah dikirimkan Rasul pilihan,
Menjadi ikutan dalam kehidupan.
Ada suatu kematian,
Yang menjadi pintu sebuah pertemuan,
Antara hamba dan Tuhan.
Maka persiapkanlah bekalan,
Sebelum datang satu penyesalan,
Engkau pasti pulang,
Dengan kerelaan atau keterpaksaan,
Kerna itu adalah janji Tuhan.
Engkau dihidupkan,
Bukan tanpa pedoman,
Bahkan telah dikirimkan Rasul pilihan,
Menjadi ikutan dalam kehidupan.
Friday, 10 February 2012
Syair Imam Syafie radhiallahu 'anhu
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupkuجـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupkuجـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahankuويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah laluفــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam nerakaفصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannyaوفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan(martabatnya).
dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan(martabatnya).
Subscribe to:
Comments (Atom)