"Barangsiapa tidak ada adab, bererti ia tidak ada ilmu. Barangsiapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Dan barangsiapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Allah S.W.T."- kata hukama'.
Kita bangga mambaca kisah hidup para ulama', yg mana hidup mereka amat warak, menjaga setiap perilaku mereka, menjaga pemakanan mereka dan hati mereka supaya tidak ingat kepada selain Allah. Kita menyebut-nyebut kisah mereka. Kita kata mereka contoh terbaik yang patut diikuti. Namun, aku pelik. Mengapa bila org yg dekat dengan kita atau org sekeliling kita cuba bersikap warak, menjaga makanan mereka, kita mengatakan "ah, kau ni, susah la macamni, asyik kena jaga je, kebulur la macam ni"-itu kata2 yg keluar dr mulut yg tidak memahami.
Mungkin kita menganggap orang tu tak layak bersikap warak kerana ilmunya rendah,namun, pernahkah kita terfikir-orang yang beramal dengan ilmunya adalah orang yg dikasihi. Lebih baik beramal dengan ilmu yg sedikit itu drp tak beramal langsung.
Islam datang secara beransur-ansur, bukan sekaligus. Perubahan adalah secara beransur-ansur, bukan sekaligus. Kata ahli tasauf-man lam yazuq lam yadri -siapa yg tak merasa, tidak tahu. Org yg merasa dialah yg tahu. Setiap amalan kebaikan ada balasannya. Hanya org yg berbuat baik shj yg merasakannya. Persoalannya disini, pernahkah org yg tidak bersikap warak merasakan apa yg dirasakan oleh org yg bersikap warak?? Mereka yg bersikap warak tahu faedah drp sikap mereka itu, sbb mrk rasa kesannya dlm kehidupan mereka. Org yg tak bersikap warak tak tahu kesannya sbb mereka tak amalkan sikap warak itu. Biarlah org warak dengan kewarakkannya. walaupun mereka ada kekurangan, sekurang2nya mereka amalkan apa yg sepatutnya.
JANGAN MENGHINA DAN MENGATA ANDAI TAK MERASA.