Monday, 21 November 2011

الإستقامة خير من ألف كرامة
Persistence (in practice) is better than a thousand
miracles.

>>>>>kena atas hidung mmolek,alhamdulillah~ 

Tuesday, 8 November 2011

nasihat...

Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3:
إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرها ليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم.

Mafhumnya: “Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli
 Tasawwuf dan kesempurnaan zahirnya tidak sesuai bagi syariatnya Nabi yang 
menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah)
 engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha 
Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya.
 Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada 
natijah yang buruk. Kerana sebahagian daripada kalimah-perkataan mereka itu
 adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai 
dengan batinnya daripada isi al-Quran al-Karim, dan haditsnya Nabi yang 
penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”

Sunday, 9 October 2011

Ilmu

Ilmu itu bukan pada buku,
Ilmu itu pada hati.
Ilmu itu cahaya,
Pancarkanlah ia dengan membasuh dirimu.

Ya Allah

aku kesepian,
aku rindu pada-Mu ya Allah,
aku hanya mahukan Engkau,
bukan selain-Mu.
Allah...
tetapkan hatiku yang berbolak-balik ini,
aku lemah,
aku jahil,
Allah...
tetapkan hatiku dalam zikir kepada-Mu,
bawalah aku pulang dalam suci,
bimbingi aku di jalan-Mu.
Allah...
ujian itu kemanisan,
ujian itu mengajak aku dekat pada-Mu,
ujian itu kayu pengukur.
Allah.....
tabahkah aku,
sebagaimana tabahnya hamba-hamba-Mu yang sebelumku.
Ameen, ya Rabb.

Tuesday, 6 September 2011

WARAK


"Barangsiapa tidak ada adab, bererti ia tidak ada ilmu. Barangsiapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Dan barangsiapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Allah S.W.T."- kata hukama'.
Kita bangga mambaca kisah hidup para ulama', yg mana hidup mereka amat warak, menjaga setiap perilaku mereka, menjaga pemakanan mereka dan hati mereka supaya tidak ingat kepada selain Allah. Kita menyebut-nyebut kisah mereka.  Kita kata mereka contoh terbaik yang patut diikuti. Namun, aku pelik. Mengapa bila org yg dekat dengan kita atau org sekeliling kita cuba bersikap warak, menjaga makanan mereka, kita mengatakan "ah, kau ni, susah la macamni, asyik kena jaga je, kebulur la macam ni"-itu kata2 yg keluar dr mulut yg tidak memahami. 
Mungkin kita menganggap orang tu tak layak bersikap warak kerana ilmunya rendah,namun, pernahkah kita terfikir-orang yang beramal dengan ilmunya adalah orang yg dikasihi. Lebih baik beramal dengan ilmu yg sedikit itu drp tak beramal langsung. 
Islam datang secara beransur-ansur, bukan sekaligus. Perubahan adalah secara beransur-ansur, bukan sekaligus. Kata ahli tasauf-man lam yazuq lam yadri -siapa yg tak merasa, tidak tahu. Org yg merasa dialah yg tahu. Setiap amalan kebaikan ada balasannya. Hanya org yg berbuat baik shj yg merasakannya. Persoalannya disini, pernahkah org yg tidak bersikap warak merasakan apa yg dirasakan oleh org yg bersikap warak?? Mereka yg bersikap warak tahu faedah drp sikap mereka itu, sbb mrk rasa kesannya dlm kehidupan mereka. Org yg tak bersikap warak tak tahu kesannya sbb mereka tak amalkan sikap warak itu. Biarlah org warak dengan kewarakkannya. walaupun mereka ada kekurangan, sekurang2nya mereka amalkan apa yg sepatutnya.
JANGAN MENGHINA DAN MENGATA ANDAI TAK MERASA. 


Monday, 25 July 2011

HEBATNYA keHIDUPan

Hidup. Apa ertinya hidup tanpa pergolakan? Pergolakan adalah 'gurauan' dari Yang Esa. Wahai diri, kenalilah Pencipta diri agar engkau tahu batasmu terhadap-Nya. Kalau engkau tahu ujian itu gurauan buat-Mu, bersyukurlah engkau. Kerna engkau telah bersangka baik dengan-Nya. Tiadalah nilai hidup andai diri bersangka buruk kepada-Nya sebab Dia adalah Pemilik Segala Kuasa. 

Bagaimana mahu mengenal Dia tanpa engkau mengenal dirimu? Cucilah hatimu semampumu, bertawakkallah kepada-Nya, mohonlah pada-Nya agar membersihkan hatimu. Usahalah bersama tawakkal. Bagaimana kenikmatan tanpa kesengsaraan? Bagaimana bahagia tanpa sengsara? 

Berjuanglah selagi nafasmu masih ada. Sanggupkah engkau kembali pada Tuanmu dalam keadaan kotor sedangkan Dia menghantarmu kedunia dengan bersih?

Fafham ya nafsi!!!

Thursday, 14 July 2011

UJIAN

Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan 
kesusahan pada jiwa 
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa 
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya 
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.
Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.
Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.
Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.
Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis
ketahuilah
engkau adalah pelakun penting
diasuh untuk menjadi bintang
bakal menerima ganjaran lumayan.
Apabila engkau menjadi pelakun
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah.

PENGLIHATAN

Daku menyaksikan Engkau jualah yang berbuat segala-galanya 
Engkau hadir dalam terang dan menyamar 
Sering daku terpedaya oleh penyamaran-Mu.
Daku panjatkan doa
Angkatkan tabir hijab
Agar daku sentiasa melihat-Mu
Tatkala Engkau hadir dalam nyata atau menyamar
Tetapkan penglihatanku kepada-Mu
Ambillah pandangan majazi ini
Kurniakan daku Cahaya Mu sebagai penglihatan
Agar tidak ada yang daku pandang
Melainkan Engkau jua yang kelihatan.

Tuesday, 12 July 2011

Zikir Sambil Menari..

" Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumNya) : " Iaitu orang -orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." ( Surah Ali 'Imran, ayat 91 ). Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.


Ummul Mukminin 'Aisyah R.Ha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah ( berzikir kepada Allah ) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, berbaring, duduk, dan bermacam-macam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib ( sepupu Rasulullah ), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasulullah SAW sebaik saja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, " Allah menjadikan rupa paras mu seiras dengan Allah menciptakan daku." Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus di ta'birkan dengan menari-nari di hadapan Rasulullah SAW. tingkahlaku beliau itu atau body language beliau tidak ditegah atau ditegur Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarekat atau golongan sufiyyah, ada sandarannya. Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulamak besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Syaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-A'llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulamak besar dalam mazhab hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, 'tidak mengapa dan boleh dilakukan.' Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat di Surah Ali Imran di atas beserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar Abi Talib.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah). Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahui, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokkan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut dalam al-Quran (mafhumnya) : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah." Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah ar-Ra'd, ayat 28). Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita'birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi ini adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalili atau hujah, berbaliklah kepada hukum fiqah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram." Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulamak muktabar, maka saya menyatakan ianya harus dan bukanlah haram. Wallahua'lam."


Dato' Dr Harun Din

Meluruskan Kefahaman Mengenai Konsep Berjemaah Dalam Islam 2/2

Meluruskan Kefahaman Mengenai Konsep Berjemaah Dalam Islam 2/2

Thursday, 7 July 2011

MUHASABAH

jangan mengharap mahabbah,
padahal diri tak pernah rebah.
jangan mengharap makrifat, 
andai diri pengecut beribadat.
jangan harap musyahadah, 
andai diri jauh mujahadah.
jangan mengharap syurga kasih, 
jika hati tak pernah bersih.
jangan mengharap rahmah,
andai diri tak istiqamah.